Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jiwa SME | Tawar khidmat kecantikan pada harga mampu milik

Jiwa SME | Tawar khidmat kecantikan pada harga mampu milik

Menggunakan konsep spa pada harga mampu milik, menjadi resepi kejayaan buat pemilik Memoire Spa, Raden Siti Nurshuhadah Naharudin untuk terus bertahan sehingga kini.

Biarpun baru setahun jagung dalam industri ini dengan memulakan kerjaya secara 'mobile' dari rumah ke rumah pada tahun 2018.

Ibu kepada dua cahaya mata ini, boleh menarik nafas lega kerana spa yang terletak di Larkin Johor masih kekal beroperasi.

Malah menurutnya , peralihan fasa endemik adalah fasa yang lebih baik dari sebelum pendemik COVID-19.