Skip to main content

Advertisement

Jeremy Renner akui sempat tulis surat terakhir

Jeremy Renner akui sempat tulis surat terakhir

Bintang Avengers, Jeremy Renner dalam satu temu bual bersama rancangan 'Good Morning Amerika' mendedahkan bahawa beliau sempat menulis 'pesanan terakhir' yang ditujukan kepada keluarga tersayang di saat kritikal di hospital

Dia sebelum ini, terlibat dalam kemalangan ngeri digilis jentolak seberat lebih 6,000 kilogram ketika membantu membersihkan salji yang terlalu tebal di kediamannya, di Nevada.