Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jepun kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Jepun kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Kerajaan Jepun mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik pada Khamis (8 Mei), menurut jurucakap kerajaan Yoshimasa Hayashi. Salah satu peluru berpandu tersebut dilaporkan terbang sejauh kira-kira 800 kilometer dengan ketinggian maksimum 100 kilometer sebelum jatuh ke Laut Jepun, di luar Zon Ekonomi Eksklusif negara itu. Jepun telah mengemukakan bantahan rasmi melalui saluran kedutaan di Beijing. Tindakan Korea Utara itu sekali lagi mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB yang melarang program peluru berpandu balistik negara bersenjata nuklear itu.