Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jenayah Dalam Talian | 10,468 kertas siasatan, kerugian lebih RM362 juta

Jenayah Dalam Talian | 10,468 kertas siasatan, kerugian lebih RM362 juta

Sebanyak 10,468 kertas siasatan dibuka berhubung kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM362 juta dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan membabitkan jenayah scammer bagi tempoh yang sama.