Jasad kesemua 45 mangsa warga India yang terkorban akibat kebakaran dahsyat di Kuwait dibawa pulang ke kampung halaman mereka di New Delhi pada Jumaat. Kesemua mereka adalah pekerja di fasiliti perumahan di Kuwait yang terbakar.
Kemalangan jiwa yang besar serta menyayat hati itu telah membuka mata orang ramai yang meminta kerajaan India melipat gandakan usaha serta memperhalusi hak para pekerjanya di luar negara dan cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk rakyatnya mencari rezeki di luar serta alternatif lain untuk mereka mengirim wang buat keluarga.