Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jangan politikkan had tempoh 10 tahun PM

Jangan politikkan had tempoh 10 tahun PM

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan membangunkan negara Madani.

Jelas Anwar, langkah tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur serta mengelakkan pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Anwar mengingatkan segelintir pihak dari blok pembangkang khususnya tidak menjadikan niat murni ini sebagai bahan politik perkauman yang sempit dan dangkal.