Skip to main content

Advertisement

IPO | Malaysia dahului negara ASEAN dari segi nilai

IPO | Malaysia dahului negara ASEAN dari segi nilai

Hasil Tawaran Awam Permulaan (IPO) pada suku pertama 2022 menyaksikan Malaysia mendahului negara-negara ASEAN yang lain berikutan bursa dalam blok itu mencatatkan kemerosotan jumlah hasil tahun ke tahun sebanyak 57% dalam tempoh itu.

Menurut Ernst & Young (EY) dalam kenyataan pasaran Bursa ASEAN menyaksikan jumlah IPO yang lebih tinggi iaitu 29 IPO pada suku pertama 2022 berbanding 22 pada tahun sebelumnya, tetapi hasil merosot kepada 1 bilion dolar daripada 2.4 bilion dolar sebelum ini.