Skip to main content

Advertisement

Hutan Amazon | Brazil rekod lonjakan penebangan hutan pada Ogos

Hutan Amazon | Brazil rekod lonjakan penebangan hutan pada Ogos

Penebangan di Hutan Hujan Amazon Brazil meningkat lebih 80 peratus pada Ogos berbanding tahun sebelumnya dengan kes kebakaran meningkat pada kadar yang tinggi.

Data satelit kerajaan menunjukkan 7,135 kilometer persegi hutan telah ditebang di Amazon dari Januari hingga Ogos, peningkatan 19 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.