Skip to main content

Advertisement

‘Hot Daddy’, 2 wanita kena waran tangkap gagal hadir bicara

‘Hot Daddy’, 2 wanita kena waran tangkap gagal hadir bicara

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua kenalan wanitanya yang didakwa menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X.

Tindakan itu diputuskan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin selepas kesemua mereka gagal hadir pada prosiding kes jenayah yang dihadapi mereka.