Fenomena peningkatan golongan T20 dan M40 mendapatkan rawatan di hospital awam akibat kenaikan kos insurans kesihatan swasta sehingga 40% bukan sahaja mencerminkan tekanan kewangan yang semakin meruncing, malah turut memberi kesan langsung kepada sistem kesihatan awam negara, termasuk senarai menunggu yang semakin panjang dan masa rawatan yang bertambah, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keadilan akses dan keperluan reformasi pembiayaan kesihatan.