Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Hepatitis Tidak Diketahui | Satu kes disyaki dikesan di Sabah

Hepatitis Tidak Diketahui | Satu kes disyaki dikesan di Sabah

Seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur empat tahun 11 bulan di Sabah disyaki mengalami Hepatitis Akut yang tidak diketahui penyebabnya pada bulan Mac 2022.

Kanak-kanak lelaki itu mengalami gejala jaundis, demam, kurang selera makan, loya dan muntah telah mendapatkan rawatan di hospital.

Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan untuk menentukan sama ada kes ini memenuhi kriteria “Hepatitis Akut yang tidak diketahui penyebabnya.