Skip to main content

Advertisement

Harga Barang | Subsidi minyak tulen botol dimansuhkan

Harga Barang | Subsidi minyak tulen botol dimansuhkan

Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa panjang dan seterusnya menstabilkan harga.