Beban subsidi petrol kritikal jika harga minyak lepasi AS$90
Laporan IPPFA menegaskan bahawa kenaikan harga minyak akibat ketegangan AS–Iran tidak lagi menjamin keuntungan kepada Malaysia sebagai pengeksport tenaga, sebaliknya meningkatkan inflasi, kos subsidi dan tekanan fiskal dalam ekonomi domestik. Kupasan penuh bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.