Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Hakisan Pantai | Pensyarah UMT rintis kaedah alternatif 'e-fence'

Hakisan Pantai | Pensyarah UMT rintis kaedah alternatif 'e-fence'

Benteng konkrit atau batu sering digunakan sebagai penghadang bagi menghalang hakisan pantai namun penggunaannya turut mengakibatkan berlaku mendapan pasir terutama ketika ombak besar di musim tengkujuh.

Justeru, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu, UMT, Prof Madya Dr Effi Helmy Ariffin, merintis kaedah alternatif yang dikenali sebagai e-fence bagi mengatasi masalah hakisan dan mendapan dengan kos lebih murah.