Skip to main content

Advertisement

Gimnastik | Dedikasi Shanmugarajah dikagumi keluarga

Gimnastik | Dedikasi Shanmugarajah dikagumi keluarga

Dedikasi yang dicurahkan selama 38 tahun buat bekas Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), mendiang N. Shanmugarajah dalam usaha meletakkan sukan itu ke tahap yang terbaik adalah sesuatu yang dikagumi keluarganya.

Menurut anaknya, S. Yogarajah, 41 tahun, perjalanan hidup mendiang bapa dalam memperkenalkan sukan berkenaan bersama bekas Presiden MGF, Datuk Zakaria Ahmad pada awalnya agak sukar.

Ia kerana gimnastik tidak popular di negara ini sekitar tahun 80-an.