Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gabenor Jakarta bantah penyertaan atlet Israel

Gabenor Jakarta bantah penyertaan atlet Israel

Gabenor Jakarta, Pramono Anung pada Rabu (8 Oktober) menyatakan bahawa penyertaan atlet Israel tidak akan dibenarkan dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2025 yang dijadual berlangsung di Indonesia Arena, Jakarta Pusat, dari 19 hingga 25 Oktober.

Keputusan ini selari dengan pendirian Indonesia terhadap isu kemanusiaan yang saban hari memburuk di Gaza.