Skip to main content

Advertisement

ESG | Aset berkaitan diunjur cecah AS$53 trilion

ESG | Aset berkaitan diunjur cecah AS$53 trilion

Syarikat-syarikat perlu menerapkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) atau berdepan kehilangan akses bagi modal bertujuan tertentu melibatkan pelabur institusi yang mempunyai pengaruh serta nilai aset besar.

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia penting memandangkan nilai aset-aset ESG dijangka mencecah AS$53 trilion menjelang 2025.