Skip to main content

Dunia

Iran tubuh agensi baharu urus operasi Selat Hormuz

Vessels in the Strait of Hormuz, Musandam, Oman, May 8, 2026. REUTERS/Stringer
Agensi itu, dikenali sebagai Persian Gulf Strait Authority, akan bertanggungjawab menyediakan kemas kini masa nyata mengenai operasi maritim serta perkembangan di laluan perairan strategik tersebut. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Badan keselamatan tertinggi Iran mengumumkan penubuhan sebuah agensi baharu untuk menguruskan operasi di Selat Hormuz.

Agensi itu, dikenali sebagai Persian Gulf Strait Authority (PGSA), akan bertanggungjawab menyediakan kemas kini masa nyata mengenai operasi maritim serta perkembangan di laluan perairan strategik tersebut.

Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Iran memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial.

 

 

Langkah berkenaan diambil susulan pengumuman oleh Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, yang mengisytiharkan larangan terhadap transit peralatan ketenteraan “musuh” melalui selat yang mengendalikan hampir 20 peratus bekalan minyak mentah dunia.

Penubuhan agensi itu juga berlaku ketika sekatan maritim oleh tentera laut Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhan Iran masih berterusan sejak 13 April lalu atas arahan Presiden AS, Donald Trump.

Penganalisis keselamatan maritim melihat langkah tersebut sebagai usaha Tehran untuk memperkukuh kawalan undang-undang dan penguatkuasaan secara sepihak di perairan strategik Asia Barat.

Dalam masa sama, pasaran tenaga global dilaporkan terus tidak menentu dengan harga minyak mentah kekal melebihi AS$100 setong susulan kebimbangan terhadap risiko konflik ketenteraan di rantau itu.

Must Watch Video