Skip to main content

Advertisement

Dewan Rakyat | Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 perlu dilanjutkan

Dewan Rakyat | Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 perlu dilanjutkan

Kerajaan hari ini telah mencadangkan kepada Dewan Rakyat untuk melanjutkan subseksyen 4(5) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau SOSMA 2021, bagi tempoh lima tahun lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membentangkan usul itu berkata, kali terakhir tambahan lima tahun bagi subseksyen tersebut disemak dan diluluskan oleh Parlimen ialah pada 4 April 2017 dan ia akan berakhir pada 31 Julai ini.