Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Dera Kanak-Kanak | Reman jurujual, pembantu rumah dilanjut

Dera Kanak-Kanak | Reman jurujual, pembantu rumah dilanjut

Tempoh reman terhadap seorang jurujual kenderaan dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai di sini pada 2 Oktober lepas, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua suspek disambung reman mulai esok hingga 16 Oktober untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.