Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak di rumah perlindungan

Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak di rumah perlindungan

Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penderaan terhadap beberapa kanak-kanak di sebuah rumah perlindungan persendirian di Batu 9, Cheras.

Kesemua 18 kanak-kanak yang menghuni pusat berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.