Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Demam Babi Afrika | Tiada penawar dan rawatan setakat ini

Demam Babi Afrika | Tiada penawar dan rawatan setakat ini

Penawar dan rawatan terhadap Demam Babi Afrika (ASF) yang dikesan mula merebak di beberapa negeri di negara ini sejak tahun lalu membabitkan haiwan tersebut masih belum ditemui.

Menurut Associate Professor Dr. Ooi Peck Toung daripada Jabatan Kajian Klinikal Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga kini kadar kematian akibat penyakit tersebut adalah seratus peratus.