Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

COVID-19 | Virus mutasi ancam dunia sekali lagi - WHO

COVID-19 | Virus mutasi ancam dunia sekali lagi - WHO

Walaupun banyak kemajuan dicapai dalam usaha memerangi COVID-19, namun virus itu terus bermutasi dan masih mengancam kesihatan, ekonomi dan masyarakat dunia secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom dalam taklimat media secara maya dari Geneva, Switzerland pada 4 Januari lepas menyuarakan kebimbangan tentang penularan meluas COVID-19 melibatkan subvarian baharu di beberapa bahagian dunia.