Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

COVID-19 | KKM tingkat kesediaan hadapi kemungkinan peningkatan kes

COVID-19 | KKM tingkat kesediaan hadapi kemungkinan peningkatan kes

Kementerian Kesihatan (KKM) terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat COVID-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan kematian.