COVID-19 di Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur.
Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan salah sebuah kejiranan di Shanghai mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu dalam perintah berkurung.