Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

COVID-19 di Shanghai | Kes turun mendadak, tiada lagi perintah berkurung

COVID-19 di Shanghai | Kes turun mendadak, tiada lagi perintah berkurung

Trafik dan ruangan pejalan kaki di sekitar Shanghai kembali sesak pada malam Selasa ketika perintah berkurung yang dilaksanakan selama dua bulan di hab kewangan China itu ditamatkan.

Meskipun tiada sambutan rasmi diadakan, ramai penduduk meraikannya dengan berkumpul di sekitar bandar dengan melepaskan gian melakukan aktiviti luar.