Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Calon PRU15 | UMNO Melaka sedia terima Norhizam sebagai ahli biasa

Calon PRU15 | UMNO Melaka sedia terima Norhizam sebagai ahli biasa

UMNO Melaka menutup rapat ‘pintu rundingan’ dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa, kononnya ditawarkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) oleh beberapa parti politik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin itu yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.