'Bina lebuh raya untung berbillion, kami dapat kemusnahan'
'Pemimpin yang akan dipilih nanti, tolong bela kami', itu luahan penduduk Kampung Asahan, Kuala Selangor ekoran pembinaan projek lebuhraya berhampiran kampung mereka sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Ketua Kampung Asahan, Mohamad Gemok, 66, penduduk amat kecewa dengan tindakan kontraktor pembinaan lebuhraya terbabit yang didakwa cuai memotong tebatan banjir berhampiran Sungai Kuala Selangor sehingga menyebabkan banjir besar pada Disember 2021 lalu.