Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bekalan diesel kembali pulih, pembelian dikawal

Bekalan diesel kembali pulih, pembelian dikawal

Penduduk di Miri kini boleh menarik nafas lega dengan kembalinya bekalan diesel di stesen-stesen minyak di sekitar bandaraya itu setelah beberapa hari berhadapan masalah.

Tinjauan AWANI Borneo di beberapa stesen minyak mendapati ramai pelanggan berpusu-pusu mengisi tangki kenderaan masing-masing sementara bekalan diesel masih mencukupi.