Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bekalan Air Bersih | Penyelesaian interim bantu 38 penduduk Kg Sinop - Lukanisman

Bekalan Air Bersih | Penyelesaian interim bantu 38 penduduk Kg Sinop - Lukanisman

Nasib 38 penduduk dari lapan rumah di Kampung Sinop, Bekenu yang masih tidak menikmati kemudahan bekalan air bersih mendapat perhatian Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni.

Menurutnya, pihaknya sedia maklum akan situasi yang diluah penduduk di situ, dan mahukan penyelesaian interim bagi memastikan kesemua penduduk dapat menikmati utiliti asas itu.