Skip to main content

Advertisement

Batik Air | Kelewatan kerana faktor cuaca

Batik Air | Kelewatan kerana faktor cuaca

Kementerian Pengangkutan mengesahkan kelewatan penerbangan batik air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lalu berpunca daripada cuaca buruk.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata laporan penuh berhubung kejadian tersebut telah diterima.

Jelas beliau, pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Langkawi susulan keadaan cuaca.

Sebaik sahaja mendarat di Langkawi, juruterbang telah melepasi jam penerbangan mereka dan kru baharu perlu dihantar ke Langkawi.