Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Basmi Kemiskinan | Shafie persoal 260 ribu hektar tanah tak diusaha sepenuhnya

Basmi Kemiskinan | Shafie persoal 260 ribu hektar tanah tak diusaha sepenuhnya

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), yang didakwa tidak mengusahakan sepenuhnya tanah seluas 260,000 hektar yang diberikan kerajaan negeri sabah kepada agensi tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, setakat ini dianggarkan hanya 12,000 ekar tanah yang dimajukan di negeri itu melibatkan 2,000 peneroka.

Justeru, beliau membangkitkan apakah kerajaan serius dalam menangani isu kemiskinan luar bandar menerusi penubuhan FELDA.