Selepas tiga tahun terselamat dari bencana banjir, seorang buruh tidak menyangka kediamannya di Kampung Buloh, Setiu, kali ini dinaiki air.
Mohd Khairul Anuar Abd Rahaman, 43 tahun, sebelum ini dia menarik nafas lega dan menyangka tengkujuh sudah berakhir sekaligus kediaman terlepas dari dilanda bah.
Bagaimanapun sangkaannya itu meleset, selepas kediaman yang dihuni bersama isteri serta enam cahaya mata dinaiki air sedalam 0.3 meter.