Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir | Jawatankuasa Bencana KPN, atur gerak kerja KRT & Skuad Uniti

Banjir | Jawatankuasa Bencana KPN, atur gerak kerja KRT & Skuad Uniti

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengaktifkan jawatankuasa bencana di bawah kementerian itu untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata adalah kewajipan setiap agensi kerajaan untuk terlibat secara aktif menyumbang tenaga juga kepada petugas keselamatan dalam apa jua bentuk pertolongan.

Jelasnya, Jawatankuasa Bencana KPN itu dibentuk merangkumi gerak kerja daripada jentera Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skuad Uniti di peringkat komuniti selain disertai oleh badan swasta dari segi sumbangan makanan.