Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir di Sarawak pulih, 82 mangsa masih di PPS Sabah akibat tanah runtuh

Banjir di Sarawak pulih, 82 mangsa masih di PPS Sabah akibat tanah runtuh

Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih dengan hanya dua mangsa daripada satu keluarga masih berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi, Miri, manakala 14 mangsa lain telah dibenarkan pulang. Di Sabah pula, banjir pulih sepenuhnya petang semalam, namun 82 mangsa daripada 20 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Kampung Gawir, Penampang, akibat tanah runtuh. Jabatan Meteorologi turut menjangkakan ribut petir di beberapa kawasan di Sabah sepanjang hari ini.