Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun

Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun.

Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata kesemua 59 mangsa banjir di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang Sabtu.