Skip to main content

Advertisement

Bakat STEM dan TVET penentu transformasi industri

Bakat STEM dan TVET penentu transformasi industri

Ts. Prof. Shamsul Kamar (NAICO Malaysia) dan pensyarah Kolej Komuniti Gerik, Muhammad Edry Emil Hakeem, menekankan keperluan memperkukuh bakat STEM dan TVET sejajar aspirasi NIMP 2030. Mereka berkata pekerja TVET kini perlu menguasai kemahiran tambahan seperti pembacaan reka bentuk dan automasi, manakala pelajar pula memerlukan pendedahan lebih awal kepada kerjaya TVET. NIMP 2030 mensasarkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memacu industri bernilai tambah tinggi.