Ayam Segar | Harga baharu perlu lebih RM10 - FLFAM
Harga baharu ayam segar selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun nanti, perlu melebihi RM10 sekilogram bagi mendapatkan situasi ‘menang-menang’ antara pemain industri rantaian makanan dan pengguna.
Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, ia mengambil kira kos operasi di ladang ternakan bagi sekilogram ayam meningkat kepada kira-kira RM7 sekilogram susulan penamatan subsidi RM1.40 kepada penternak yang berkuat kuasa 1 Julai ini.