Skip to main content

Advertisement

ASN | Azizulhasni cipta rekod, Pandelela Olahragawati Kebangsaan

ASN | Azizulhasni cipta rekod, Pandelela Olahragawati Kebangsaan

Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021.

‘The Pocket Rocketman’ merupakan atlet lelaki paling banyak meraih Olahragawan Kebangsaan selepas berjaya merangkul gelaran itu pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.