Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

The Artist Museum | Tok Ti antara paling banyak terima pengiktirafan

The Artist Museum | Tok Ti antara paling banyak terima pengiktirafan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membanggakan negara apabila tersenarai sebagai antara penyanyi atau pemuzik yang paling banyak menerima trofi Anugerah Sepanjang Zaman.

Portal The Artist Museum yang berpengkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat meletakkan Datuk Seri Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti di tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dari seluruh dunia.