Ribut Tropika Senyar kini kembali menjadi perhatian apabila ia muncul semula di perairan Selat Melaka selepas bergerak dari utara Sumatera, Indonesia.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut ini berada kira-kira 102 km ke barat daya Lumut, Perak, dan sedang bergerak ke arah timur tenggara menuju ke barat Semenanjung Malaysia dengan kelajuan sekitar 24 km/j.