Anwar mahu tamatkan buli, lindungi mangsa seperti Zara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepimpinannya akan memainkan peranan penting dalam menghentikan kes buli dan penderaan sosial serta fizikal di institusi seperti sekolah dan pejabat. Beliau merujuk kepada kes Zara Qairina Mahathir dan menekankan keperluan siasatan telus serta tindakan segera. Anwar turut menyeru agar penyebaran berita palsu dihentikan kerana ia boleh meracuni minda masyarakat dan menjadi alat politik pihak tidak bertanggungjawab. Beliau berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos 2025.