Skip to main content

Advertisement

Al-Quran mampu permudah urusan duniawi - Tokoh Hafizah

Al-Quran mampu permudah urusan duniawi - Tokoh Hafizah

Masyarakat disaran mendalami Al-Quran dan tidak memberi alasan mempunyai kekangan waktu atau sibuk dengan hal-hal bersifat keduniaan.

Menurut saranan diberi Tokoh Hafizah yang juga naib johan kategori hafazan wanita Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64, Putri Aminah Mohd Hanif, proses pembelajaran kitab suci tersebut kini lebih mudah dengan kewujudan pelbagai aplikasi secara dalam talian.