Sempena Nuzul al‑Quran, Ustaz Imran Mohd Zaki menjelaskan mengapa sebahagian umat Islam sukar menghargai al‑Quran walaupun yakin akan kebenarannya. Beliau menekankan pentingnya membina hubungan peribadi dan mendalam dengan al‑Quran, tadabbur makna serta melihat kisah hidup kita sendiri melalui ayat‑ayat Allah.