Aktiviti arak dan judi tidak boleh dibuat di dewan sekolah - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang aktiviti membabitkan arak dan perjudian tidak boleh sama sekali diadakan di dewan sekolah.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu jelas melanggar konsep dan falsafah pendidikan negara, dengan dewan sekolah tidak boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar peraturan sekolah.
Penegasan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung isu penganjuran pesta arak dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak pada 27 September lalu.