Mayat lelaki ditemui di Klang, polis tahan wanita warga asing
Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki di sebuah unit kediaman di Pelangi Promenade, Klang, pada petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, memaklumkan laporan diterima pada jam 3.15 petang sebelum seorang wanita warga asing berusia 32 tahun ditahan di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan suspek, dengan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.