Skip to main content

Advertisement

4000 jawatan doktor masih belum diisi, PM arah proses dipercepat

4000 jawatan doktor masih belum diisi, PM arah proses dipercepat

Sebanyak 4,000 jawatan doktor masih belum diisi dan perkara ini telah dibentangkan kepada anggota Jemaah Menteri, khususnya kepada Menteri Kesihatan. Perdana Menteri telah menegaskan agar proses pengisian jawatan tersebut yang dilihat terhalang oleh birokrasi dipercepatkan.

Pada asalnya, Kementerian Kesihatan menjangkakan bahawa sebahagian besar daripada kekosongan ini akan dapat diisi menjelang November. Namun demikian, Perdana Menteri berpendapat bahawa jangka masa tersebut terlalu lewat dan mengarahkan agar tindakan segera diambil bagi mempercepat proses pengambilan.

#AWANInews