Skip to main content

Advertisement

3.35 peratus petugas kesihatan alami tekanan, kemurungan

3.35 peratus petugas kesihatan alami tekanan, kemurungan

Sebanyak 3.35 peratus daripada 76,381 petugas kesihatan pelbagai skim perkhidmatan dikesan mengalami gejala tekanan, keresahan serta kemurungan pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata ia direkodkan selepas pegawai terlibat menjalani ujian saringan kesihatan mental di bawah Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW.