Seramai 101,385 pekerja yang kehilangan pekerjaan menuntut insuran kehilangan pekerjaan sehingga 3 Disember lalu. Itu penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Perdana Menteri, statistik tersebut menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 40,000 dan 24,000 pekerja, masing-masing pada 2019 dan 2018.