Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

SARA dan STR perkukuh bantuan, turunkan beban kos sara hidup

SARA dan STR perkukuh bantuan, turunkan beban kos sara hidup

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penurunan harga minyak dijangka memberi kesan positif terhadap pengurangan kos, manakala harga barangan terus dibantu melalui pelaksanaan program SARA dan STR dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion.

Walaupun langkah-langkah ini telah diambil, harga barangan masih menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, statistik menunjukkan kemiskinan tegar berjaya menurun daripada 0.2 peratus pada 2022 kepada 0.09 peratus pada 2024, menandakan keberkesanan beberapa inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat